kamu baca, kamu follow, kamu comment and kamu bla la..ape lagi









Wednesday, April 6, 2011

cerita tentang aku dan pilahdelphia.

Wujudnye entri baru hanya lah ingin memenuhi kehendak hati yang sedang ketagihan untuk mengarut. Bukannye keje tak melambak, tapi sudah jemu mata aku ni nak mengadap benda-benda alah tu. Baik lah mengisi masa yang tak lapang mane dengan kegiatan yang berfaedah sikit(tak berfaedah sangat pun). Hanya kerana aku student part 5, tidak semestinye aku perlu di bebani dengan kerja sebanyak nie( cewah…) hahahaha… Lately, tidur tak lena(menipu namenye), makan tak kenyang ( lagi la menipu) mandi tak basah, sebab sejuk sangat di pilahdelphia nie so mandi la P.Ramlee. Hari-hari terpaksa korbankan waktu tido yang sepatutnye kanak-kanak istimewa macam aku ni kena tido adalah 8 jam. Sekarang dah jadi 3-4 jam sahaja dan kadang-kadang jadi 2 jam hanyalah untuk membuat keje bagi memenuhi hati lecturer yang banyak sangat songehnye. Klue business plan. Semenjak duduk pilahdelphia nie mesti nak cari binatang buat kawan contoh beli ikan laga, name dia comby, next entri insyallah aku tunjuk gambar ok. Tapi ade satu hari aku jumpe anak kucing,di beri nama Tuah, tapi Tuah dah pergi meninggalkan aku kerana susu yang aku bagi tak sesuai dengan perut dia.


Tuah, RIP ye....



Menetap di sini memerlukan akal yang panjang untuk mencari aktiviti yang berfaedah untuk mengisi mase kalau mati kebosanan mungkin. Dan badminton menjadi pilihan di hati.

Berjinak-jinak dengan badminton, nak jadi awek chong wee kene la hebat di gelanggang badminton ye.

Sebagai student microbiology part 5, semestinye saya mengambil course food microbiology and medical microbiology. Banyak outcome yang tibe-tibe je rase nak share dengan korang. Selama nie tak terfikir pun pasal benda nie taw. Bile study baru la nampak benda nie.hihihi...


sape suke makan tempe? angkat tangan macam usop,cepat!!! pakse nie...

tahu tak microorganism kat atas tu ade dalam tempe? name die rhizopus spp. gambar di ambik menggunakan handphone BLACKBERRY CURVE 8520 2 MB camera tapi still jelas ye.hahahaha.


saya tengah buat DNA analysis by electrophoresis.


Even kadang-kadang rase tertekan tahap gaban tapi bile terfikir family rase la kurang sikit. Perasaan kurang gembira hidup di pilahdelphia kadang kala terubat bile ade aktiviti bersama geng microbians.

last BBQ with all microbians from shah alam...GEMPAK siot.

Tuesday, March 29, 2011

kerja, kerja and kerja

This week and next week, memang mencabar la. Sume kerja nak kena hantar. Lecture pulak tahu-tahu je student dia memang nak buat kerja last minute kan. Tapi yang sakit aku la kan. Kena buat lab report untuk final project, kena buat factsheet la tapi bila dah serabut otak mula nak fikir bukan factsheet dah, jadi factSHIT! Ish… ape lah nak jadi dengan anak pak cik jamil nie. Tak sedar diri betul. Masalahnya, aku ni banyak sangat kojenye…memang bertimbun macam sampah. Tapi sampah pun tak macam nie sebab mak cik cleaner kat sini suke kutip sampah. Bukan tu sahaja, next lak kena submit site visit report, persoalannye kena buat ke?? Aku dah la tak denganr sangat ape orang hari tu cakap ape. Boleh tak aku tulis ape yang aku cakap bukan dia yang cakap. Huh!! Pastu kena attend MUET gak, nasib baik speaking je so tibai lah ape lagi. Lantak lah dapat band 2 pun. Yang tu malas nak fikir. Business plan lak kena reject, kena buat lagi. Aduh….yang ni paling lemah. Banyak pulak yang die nak, bukan betul-betul pun. Madam ni pulak sume nak fact kalau ade orang yang beli business plan kite orang tak pe gak. Dah la nak print tu nak yang laser. Jangan harap lah my group nak buat..hahahaha..ko ambik la gune printer yang murah sudah janji anta.

FINAL IS COMING!!

Datang la lambat sikit aduh. Tak sempat la wei nak study koje banyak.. tapi kalau fikir macam tu sem depan ambik final exam pun tak sempat nak study sebab banyak mase pegi berfoya-foya dengan artist korea la, tengak Gerard Butler, Hannah Montana tapi sekarang dah tukar Miley Cyrus, duk tengok Sandra Bullock dengan Ryan Reynolds in The Proposal. Aku dah tengok banyak kali kot cite ni tapi nak tengok lagi. Itu yang tak study tu…

Tapi aku dah fikir, lepas abis keje and hantar pastu nak start study and hei FINAL, aku boleh buat la..:)

Wish me luck…this is my final years bukan final semester sebab kena extend.kuikuikui…

Monday, February 7, 2011

which one???




kawan-kawan...


saya dalam dilema, mane satu nak beli dulu?


duit dah ade just tak cukup nak beli both of that stuff..


so kena la pilih, boleh tak bagi suggestion..
either this..






or




leave a comment or idea

Sunday, January 16, 2011

selepas dipindahkan ke kuala pilah


Kelas dari isnin sampai la hari khamis, hidup saya macam biasa sahaja. Tapi yang seronoknya hari jumaat cuti sebab hari keputeraan Yang-dipertuan N9... YAHOO!! boleh la nak balik ke hometown sebab dah homesick sangat ni.
Tapi yang susahnya duduk sini nak balik la...terpaksa la ikut ilya yang nak pergi shah alam so boleh la naik bas dari sana sebab kat sana dah biasa kan. before balik tu dah call siap-siap tanya sapa nak hantar balik kan.Bukan tak nak naik bas cuma susah nak balik ke pangkuaan kampus nie. So, ayah saya nak hantar puteri dia nie(manja sangat la konon sebenarnya tak pun)...
Nie nak cite kisah masa pegi shah alam la nie...sampai je shah alam petang tu dah macam orang sakai tengok UITM macam la selama nie tak pernah pegi..padahal 2 tahun kot menetap kat situ. Rindu la konon, masa duduk dulu tak pulak peduli..


federal highway....dulu nie la jalan nak balik sana..sobs..sobs..




penumpang yang asyik memekak dalam kete....



driver yang sangat berhemah. tapi sempat pulak peace kan..



jakel...pusat membeli baju raya.

Rindu sangat shah alam, tapi macam sudah boleh je terima duduk dekat beting highland nie. Sejuk macam dekat oversea. PILAHDELPHIA .Semoga berbahagia la kat sini..

Friday, January 7, 2011

new place yang macam haram.

tak sampai seminggu pun duduk sini dah rase macam setahun. ini universiti kot bukan sekolah.semua benda nak buat tak boleh. pakai jeans pegi kelas kena halau balik kolej tukar,bace paper dengan boyfren kena sound ngan makguard yang bajet polis walaupun baju warne biru yang pudar makan dek matahari, pegi anjung...*tempat makan*, anjung la sangat,eeeee bencinye aku,tak boleh nak pakai selipar,giler punye rules, pasang lampu pukul 2 pagi lak ade ke pakguard naik bilik sound suh tutup lampu, giler ke??

ko tu laki kot,naik kolej pompuan..nak skodeng cakap jelah.org nak skodeng datang la waktu kiteorg mandi.waktu tido kiteorg sopan taw sebab sini sejuk giler.ikut hati memang la nak kena tapi nasib baik aku nie student je taw.huh!! tension!!!

dengan nak daftar course pun tak boleh lagi.macam ner la nak belajar macam nie.bukan nak beza-beza kan shah alam dengan pilah tapi terlalu banyak sangat bezanye tapi still under 1 company....UITM. so,rules kalau boleh biar la same kan.but, it`s total different.macam langit dengan bumi. TELL ME HOW TO SURVIVE HERE??