kamu baca, kamu follow, kamu comment and kamu bla la..ape lagi









Sunday, January 16, 2011

selepas dipindahkan ke kuala pilah


Kelas dari isnin sampai la hari khamis, hidup saya macam biasa sahaja. Tapi yang seronoknya hari jumaat cuti sebab hari keputeraan Yang-dipertuan N9... YAHOO!! boleh la nak balik ke hometown sebab dah homesick sangat ni.
Tapi yang susahnya duduk sini nak balik la...terpaksa la ikut ilya yang nak pergi shah alam so boleh la naik bas dari sana sebab kat sana dah biasa kan. before balik tu dah call siap-siap tanya sapa nak hantar balik kan.Bukan tak nak naik bas cuma susah nak balik ke pangkuaan kampus nie. So, ayah saya nak hantar puteri dia nie(manja sangat la konon sebenarnya tak pun)...
Nie nak cite kisah masa pegi shah alam la nie...sampai je shah alam petang tu dah macam orang sakai tengok UITM macam la selama nie tak pernah pegi..padahal 2 tahun kot menetap kat situ. Rindu la konon, masa duduk dulu tak pulak peduli..


federal highway....dulu nie la jalan nak balik sana..sobs..sobs..




penumpang yang asyik memekak dalam kete....



driver yang sangat berhemah. tapi sempat pulak peace kan..



jakel...pusat membeli baju raya.

Rindu sangat shah alam, tapi macam sudah boleh je terima duduk dekat beting highland nie. Sejuk macam dekat oversea. PILAHDELPHIA .Semoga berbahagia la kat sini..

Friday, January 7, 2011

new place yang macam haram.

tak sampai seminggu pun duduk sini dah rase macam setahun. ini universiti kot bukan sekolah.semua benda nak buat tak boleh. pakai jeans pegi kelas kena halau balik kolej tukar,bace paper dengan boyfren kena sound ngan makguard yang bajet polis walaupun baju warne biru yang pudar makan dek matahari, pegi anjung...*tempat makan*, anjung la sangat,eeeee bencinye aku,tak boleh nak pakai selipar,giler punye rules, pasang lampu pukul 2 pagi lak ade ke pakguard naik bilik sound suh tutup lampu, giler ke??

ko tu laki kot,naik kolej pompuan..nak skodeng cakap jelah.org nak skodeng datang la waktu kiteorg mandi.waktu tido kiteorg sopan taw sebab sini sejuk giler.ikut hati memang la nak kena tapi nasib baik aku nie student je taw.huh!! tension!!!

dengan nak daftar course pun tak boleh lagi.macam ner la nak belajar macam nie.bukan nak beza-beza kan shah alam dengan pilah tapi terlalu banyak sangat bezanye tapi still under 1 company....UITM. so,rules kalau boleh biar la same kan.but, it`s total different.macam langit dengan bumi. TELL ME HOW TO SURVIVE HERE??